Tergerak hati saya untuk create blog ni asalnya bagi tujuan berkongsi. Berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan semua.
Nak jadikan cerita, beberapa minggu lepas, saya dan isteri pergi ke Klinik Sofea di Puchong, untuk scan 4D baby dalam kandungan. Baby ni anak kedua kamila selepas akak sulung, Amni Husna. Kat bawah ni location Klinik Sofea (highly recommended)
Masa scan tu, di dapati baby dalam kandungan tu mengalamai Cleft Lip & Palate, atau dalam bahasa mudahnya - sumbing. Di sebabkan hanya boleh tgk melalui scan 4D je, jadi Dr pun xleh nak bgtau, samada hanya terjadi di bibir sahaja, atau termasuk lelangit sekali.
Dan minggu lepas, 2 Feb 2017, kami ada appointment dengan Dr Pakar bahagian O&G, Hospital Serdang. Appointment ni susulan daripada checkup wife sy di Klinik Kesihatan Puchong Bt 14, dorg refer wife saya ke Hospital Serdang. So apa yg Dr Pakar ckp pun sama jugak mcm ms di Klinik Sofea, kene tunggu lahir utk tahu severity baby.
So sekarang ni, kami hanya boleh buat persiapan mental utk menyambut baby istimewa kami ni :) InsyaAllah kami kuat dan kami yakin bahawa Allah takkan bagi ujian pada umatnya lebih daripada apa yg mereka mampu.
Jika anda ada sebarang pengalaman mengenai bayi istimewa mcm kami, feel free to share.
No comments:
Post a Comment